
Pertandingan kemahiran kimpalan telah diadakan di Kolej KEDA sempena Karnival TVET Madani. Program ini telah berlangsung selama 3 hari pada 5 sehingga 7 November 2025 dan melibatkan seramai 10 peserta daripada pelbagai institusi latihan kemahiran.

Tujuan pertandingan ini adalah untuk mengasah kemahiran teknikal peserta dalam bidang kimpalan serta memberi pendedahan kepada teknologi dan standard industri semasa. Selain pertandingan, turut diadakan sesi pameran dan perkongsian ilmu daripada tenaga pengajar serta industri berkaitan.

Proweld Training Centre Sdn. Bhd. turut terlibat sebagai panel juri pertandingan, memberi penilaian profesional berdasarkan kualiti hasil kerja, keselamatan, dan teknik kimpalan yang digunakan oleh para peserta.

Jika berminat untuk mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Kimpalan, boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut dan pendaftaran kemasukan program.

Tel. : 010-2333031
Email: infopwtc@gmail.com
Address: No. 3 & 3A, Persiaran Batu Gajah Perdana 7,
Pusat Komersial Batu Gajah Perdana,
31550 Pusing, Perak.